Pada musim pertama 'I Can See Your Voice Malaysia' (ICSYVMY), penyanyi Haqiem Rusli menerima kecaman hebat berikutan tindakannya merampas mikrofon daripada peserta Mohd Syamsul ketika dirinya menjadi penyiasat dalam rancangan tersebut.

Kini menerusi ICSYVMY musim kedua, Haqiem menerima pujian ramai selepas berkata dia berasa lebih selesa berduet dengan peserta lelaki apabila tindakannya memilih pelajar berusia 17 tahun yang menggunakan nama samaran 'Ya! Tuan' atau nama sebenarnya Muhammad Muizz Zulqarnain Johar sebagai pasangan duetnya, meskipun ada peserta perempuan dalam episod itu.
Rata-rata peminat di Twitter memuji tindakan penyanyi lagu 'Selamat Tinggal Sayang' itu dan bersetuju dengan pandangan peribadinya mengenai perkara tersebut. Program ICSYVMY2 boleh disaksikan semula menerusi Youtube dan musim kelapan yang menampilkan Haqiem sebagai artis undangan itu telah menerima hampir 600,000 tontonan dan kini trending nombor tiga.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment