14 August 2019

KAKI PATAH, TUNGGU DIBEDAH - ISMAIL ZIARAHI SHALMA ELIANA


Menerusi laman Instagram, penyanyi Shalma Eliana telah memuatnaik foto keadaan kakinya yang kelihatan membengkak dengan kapsyen "Yana the zombie" dan ia telah membuatkan pengikutnya risau serta tertanya kenapa dengan kakinya dan ada juga yang mendoakan kesembuhan penyanyi lagu 'Janji Terindah' ini.





Eliana yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam itu ketika dihubungi memberitahu kakinya telah patah dan sedang menunggu untuk menjalani pembedahan: "Patah tengah tunggu pembedahan nanti".

Di samping itu, penyanyi Ismail Izzani tidak terlepas datang menziarahi Eliana dan berkongsi foto mereka ketika berada di hospital. Apapun, kami mendoakan agar Eliana kembali sihat seperti biasa selepas menjalani pembedahan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Shalma Eliana & Ismail Izzni


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: