28 August 2019

PEMINAT JANGKA HAMIL ANAK KEMBAR - INI JAWAB ELFIRA LOY


Pelakon Elfira Loy baru-baru ini ada memuatnaik foto terbaharu yang menunjukkan keadaan terkini dirinya yang sedang sarat hamil. Namun, beberapa keping foto Elfira yang dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya telah menjadi perhatian warganet. Foto tersebut diambil ketika dia menghadiri sebuah anugerah anjuran Herald Global dan Elfira memenangi anugerah Asia's Most Admired Leaders.





Rata-rata terkejut melihat perubahan Elfira, lebih-lebih lagi perutnya yang semakin membesar. Malah ramai yang memberi komen serta menjangkakan dia bakal melahirkan bayi kembar: "Besarnya perut, dah macam twins pula." - "Dah berapa minggu? Big tummy macam preggy twin." - "Alhamdulilah, besar perut Elfira. Twin agaknya," komen-komen pengikutnya.

Pun begitu, Elfira tidak berdiam diri dia telah membalas salah satu komen yang menjangkakan dia sedang hamil bayi kembar: "Big tummy doesn't meant preggy twins," jawabnya yang tetap meninggalkan jawapan 'selamat' kepada peminatnya.

Selain itu, ramai juga menjangkakan Elfira bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan bentuk perutnya: "Looks like someone gonna have a baby girl," komen pengikutnya. Elfira sekali lagi tampil membalas komen tersebut: "Syiriklah hahaha," jawab Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 itu secara berseloroh.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gemmpak & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: