28 August 2019

HEART ATTACK: ADIK SELAMAT DIBEDAH, KINI ICU - JASMIN HAMID MOHON DOA


"Setiap Dugaan Allah kerana Allah sayangkan hambaNya.. Sekali lagi saya dan keluarga di uji Allah di mana ADIK LELAKI saya HUZER kena HEART ATTACK untuk pertama kali subuh tadi dan SEKARANG sedang menjalani pembedahan..





"Mohon keluarga dan kenalan serta semua supporters saya MENDOAKAN agar adik lelaki saya di panjangkan umur dan operasi pembedahan berjalan dengan lancar... Arwah MAMA saya dulu meninggal kerana HEART ATTACK. Mohon Allah panjangkan usia adik lelaki saya dan sentiasa dalam peliharaan Allah. Beliau seorang anak, adik dan ayah yang sangat baik..

"Sebagai kakak yang sulung, saya akan terus berdoa dan mohon pertolongan dan perlindungan dari Allah.. Mohon Allah kuatkan semangat kami anak beranak dengan dugaan Allah ini," tulis pelakon Jasmin Hamid yang memberitahu adik lelakinya mengalami serangan jantung Subuh tadi sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun sebentar tadi, Jasmin berkongsi perkembangan terkini adiknya yang sudah pun selesai menjalani pembedahan dan kini ditempatkan dalam wad kecemasan. Berita itu dikongsikan Jasmin menerusi Instagramnya dan meminta doa serta sokongan daripada peminat agar segala urusan adiknya dipermudahkan: "Ya Allah... Kau Kuatkanlah hati kami anak beranak untuk menjalani ujianMu ini..

"Kami sekeluarga di berikan ujian yang sama seperti arwah MAMA subuh tadi bila arwah MAMA di masukkan ke ICU kerana HEART ATTACK 3 tahun lepas dan pulang menemui penciptaNYA selepas itu.. Mohon doakan untuk ADIK LELAKI saya HUZER di panjangkan usia dan di pelihara kesihatannya serta di permudahkan urusan.. Pagi tadi telah menjalani procedure angioplasty dan kini berada di ICU..," katanya lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Jasmin Hamid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: