04 August 2019

SASHA SAIDIN TAK TOLAK JIKA JODOH DENGAN MR W


Mengakui sedang menjalin hubungan jarak jauh dengan seorang lelaki berstatus duda dikenali sebagai Mr W sejak beberapa bulan lalu, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin, 43, berkata, lelaki berkenaan yang dikenalinya sejak kecil menetap di luar negara dan kini bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekiranya ada jodoh.





"Bagi saya dia sangat istimewa. Dia lelaki yang jujur dan mengambil berat. Selepas jumpa ramai orang selama sembilan tahun menjadi ibu tunggal, bagi saya dia yang terbaik. Susah untuk menjadi ibu tunggal dan kadang-kadang saya perlukan seseorang untuk bercerita. Selesa rasanya apabila dapat berkongsi cerita dengan dia.

"Dia tidak tinggal di Malaysia sebaliknya menguruskan perniagaan di luar negara. Hubungan ini masih baharu tetapi, saya mengharapkan mempunyai pengakhiran yang baik kerana saya bukan seorang yang senang mengakui sedang bercinta," katanya.

Sasha bagaimanapun mendedahkan hubungan mereka masih dalam fasa berkawan namun tidak menolak jika tertulis Mr W ialah jodohnya: "Kami masih berkawan namun saya sudah sedia bergelar isteri jika dia jodoh saya. Namun begitu, kami belum berbincang ke arah itu lagi.

Klik untuk gambar besar


"Jika saya berkahwin kali ini, banyak yang perlu dipertimbangkan kerana mempunyai anak, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10, dan ibu di bawah jagaan saya. Saya sudah terbiasa hidup sendiri, jadi untuk mengubahnya mungkin mengambil masa sedikit.

Kalau berkahwin semula nanti, saya mahukan majlis yang sangat ringkas dan tak payah bazir wang. Pada usia sebegini, lebih baik saya guna wang untuk pergi melancong," ujar anggota kumpulan Elite yang juga kakak kepada pelakon Zain Saidin.

Untuk makluman, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai pada 2007. Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012. Hasil perkahwinannya dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia sepuluh tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Kosmo & Instagram Sasha Saidin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: