29 August 2019

TEMUI PERALATAN PROSES DADAH DI RESTORANNYA - ZUL YAHYA TERKILAN


Menerusi laman Instagram, pelakon Zul Yahya, 46, telah memuatnaik gambar serta rasa meluahkan terkilan apabila menjumpai peralatan memproses dadah milik pekerja di restorannya. Zul mengakui sedih apabila golongan muda kini mudah terjerumus dalam kancah najis dadah.





"Assalammualaikum... Ini antara masaalah yang saya hadapi dari pekerja-pekerja di restoren saya. Yang menyedihkan mereka dikalangan anak-ank remaja luar bandar dan dari keluarga susah tapi kerana pergaulan yg salah dan kurang jati diri mereka tersalah pilih kehidupan.. Letih!!!! Sampai bila anak2 bangsa kita nak hancur," tulisnya.

Menurut Zul, dia berharap isu penyalahgunaan dadah diambil serius oleh setiap individu terutama ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak mereka: "PESANAN PADA IBU BAPA AMBIL TAHU TENTANG PERGAULAN ANAK-ANAK. PERIKSA APA YG ANAK2 SIMPAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA," pesan Zul yang turut meletakkan tanda pagar shabu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Zul Yahya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: