26 August 2019

WANITA UGUT SIMBAH ASID - ELIZABETH TAN AKAN LAPOR POLIS


Bakal membuat laporan polis selepas menerima ugutan simbah asid menerusi Instagramnya oleh seorang wanita tidak dikenali, penyanyi Elizabeth Tan, 26, yang lebih mesra di sapa Lizzy, memberitahu wanita berkenaan membuat ugutan selepas mendapati kekasihnya kerap meninggalkan komen dalam Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Police Entry itu.





"Lizzy ada satu peminat yang selalu komen di gambar-gambar Lizzy. Itu normal. Tetapi girlfriend (teman wanita) dia psiko. Dia menghantar mesej kepada Thira (pengurus) dan cakap: "awak ada skandal dengan teman lelaki saya? Tolong sekat (block) teman lelaki saya", jadi Thira pun sekat akaun lelaki itu.

"Lepas itu dia tanya lagi, kalau sekat block kenapa teman lelaki dia masih boleh komen dalam Instagram Lizzy? Apa? Tidak masuk akal? Kemudian dia cakap kepada Thira, minta majikan dia iaitu saya untuk sekat kekasihnya. Kalau tidak, dia akan simbah asid di muka Lizzy," kata Lizzy dalam sebuah video yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya semalam.

Disebabkan ugutan tersebut, pelakon filem 'Misteri Dilaila' itu akan membuat laporan polis dalam masa terdekat: "Saya akan buat laporan polis untuk keselamatan," katanya yang menerima komen dimana rata-rata peminatnya meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan memintanya segera membuat laporan polis.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Elizabeth Tan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: