26 August 2019

SAJAT RALAT ADA PIHAK MAHU TUNTUT ANAK ANGKAT KEMBARNYA?


Awal semalam, usahawan kosmetik Nur Sajat telah berkongsi beberapa posting luahannya bila mana ada pihak yang didakwa cuba mengambil hak penjagaan terhadap dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi. Kanak-kanak berkenaan merupakan pasangan kembar tidak seiras dan gelagat mereka sering dilihat menerusi media sosial penyanyi lagu 'Makhluk Penggoda' itu.





Sementara pada Ahad, Sajat ada memberikan respon panjang menerusi ruangan kapsyen di salah satu entri terbaharu di laman Instagram miliknya. Katanya, sebelum ini dia jarang untuk berkongsi kisah mengenai hal melibatkan dua anak angkatnya itu. Malah, ada dasar privasi dia juga tidak berfikir untuk membuat akaun untuk Syahmi dan Syaza.

"Saya hanya nak meluahkan rasa saya terkilan, bila ada pihak yang sakit hati dengan kebahagian saya dan anak anak.. Walaupun pun saya tak sempurna, tak semestinya saya mendidik anak anak saya jalan tak sempurna.. Saya nak bagi tahu anda, macam mana saya melayan anak anak saya.. Saya tak suka sangat post hal anak anak saya, malah saya tak membuat IG untuk anak anak saya.. yang penting, saya menjaga anak anak saya dengan sempurna.

Klik untuk gambar besar


"BIAR SAYA SENARAIKAN APA YANG SAYA BERIKAN PADA ANAK ANAK SAYA.. Walaupun pun mereka ini siapa pun, saya tak perlulah nak menceritakan latar belakang hal sebenar anak-anak saya.. Bagi saya, saya dah mendapat amanah yang sangat baik dan sempurna dari Allah swt.. Walaupun saya tahu ini adalah pinjaman semata mata.. Cukup saya menjaga, mendidik, mencintai anak anak saya dengan baik dan sempurna.. Walaupun ramai yang membenci saya, boikot saya,atau apa apa pandangan anda pada saya.. Saya tak boleh paksa anda menyukai saya.

Pada masa sama, Sajat turut memberitahu keduanya turut disediakan duit tabung dan turut ada peruntukan khas buat mereka untuk menghadiri kelas mengaji Al-Quran: "Dari mereka saya menjaga dari 2 hari kelahiran mereka, masa mereka lahir, dengan keadaan tak cukup zat, macam macam cara saya buat untuk mereka nampak sihat, wang ringgit jangan cakap lah, masa dapat mereka ini (kembar tak seiras) sebulan perutukan susu, pampers budak, babysiter, baju, bidan, dan macam macam lagi lah hampir RM4500 untuk mereka



"Ada mempunyai baby kembar, tahu lah bertapa besarnya belanja untuk mereka saya menjaga memberikan tiap tiap bulan wang alaun dari gaji saya untuk mereka RM500 setiap bulan mengambil insuran AIA more pada pembelajaran sehingga 18 tahun baru mereka boleh keluarkan duit tu untuk sambungan belajar. Setiap tahun saya membayar RM12k setiap sorang duit tabung setiap bulan tak lari dalam RM1000 ringgit setiap bulan, akan di masuk kan acc kedua BSN untuk setiap sorang.

"Belanja shopping untuk adik dan abg RM500 setiap sorang setiap bulan, membawa mereka masuk kelas mengaji RM200 setiap bulan.. dan banyak lagi. Saya tahu saya nakal, saya tahu saya banyak kekurangan, tetapi tak bermaksud saya mengajar anak saya buat nakal jugak.sedih sangat2 bila jadi macam ini, kenapa dah 4 tahun mereka bersama dengan saya, ada pihak nak ambil mereka dari saya?? awak tak fikir ker apa yang akan berlaku perasaan anak anak saya nanti? Fikirlah sikit," tulis Sajat secara panjang lebar.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nur Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: