26 August 2019

SAFIEY ILIAS BEDAH BUANG SILIKON: "SELESAI. ALHAMDULILLAH"


Menerusi entri terbaru di laman Instagram, usahawan kosmetik Safiey Ilias mengesahkan dia sudah pun membuang silikon di dada setelah sekian lama dipersoal akan penampilan yang tetap dilihat dada seperti wanita meski dikatakan sudah nekad berhijrah. Memuatnaik foto lobi Kompleks Pakar Dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur, Safiey secara ringkas menulis kapsyen: "Selesai. Alhamdulillah".





Terdahulu, penyanyi lagu 'Syinta Gila' ini memohon doa netizen sebelum menjalani prosedur pembedahan silikon: "Esok saya akan melakukan pembedahan buang silicone. Doakan saya. Mungkin jarang update dan live.

"Mak dan ayah pun dah ada di rumah untuk jaga saya. Yang asyik bila nak buang jadi saya update. Nanti saya post silicone nye nak sangat," jelasnya yang mendapat sambutan positif netizen dan rata-rata mendoakan semoga lelaki ini terus istiqamah.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: