26 August 2019

TISHA SHAMSIR KEGUGURAN KEMBAR TIGA, KANDUNGAN LUAR RAHIM PECAH


"Kecewa memang kecewa sebab sudah lama menunggu. Allah bagi rezeki kembar tiga selepas tiga tahun kahwin namun Dia tarik balik rezeki itu dan gantikan dengan yang lain. Pada mulanya saya tidak sangka saya hamil kembar tiga, sehinggalah saya membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan dua daripada janin itu berada di luar rahim.





"Namun, malangnya kantung luar rahim saya pecah dan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkannya. Kemudian, kami nekad untuk menyimpan satu daripada tiga itu namun gagal diselamatkan apabila gugur dengan sendirinya selepas pembedahan itu," kata pelakon filem 'Villa Nabila', Tisha Shamsir yang mendedahkan dia mengalami keguguran kembar tiga tiga bulan lalu.

Berdukacita atas kehilangan cahaya mata sulungnya itu, kata Tisha, 33, dia bagaimanapun akur rezeki tidak memihak padanya dan suami. Tisha yang juga bekas peserta Mentor musim keenam dan mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurus produksi Skop Productions, Ady pada 2016 itu menambah ketika itu usia kandungannya mencecah dua bulan.

"Insya-Allah saya tidak putus doa dan terus berharap untuk dikurniakan rezeki lagi selepas ini," ujar Tisha lagi yang turut memberitahu keluarga suaminya, Ady Hafize Hanaffiah mempunyai sejarah keluarga bayi kembar termasuk kakaknya yang hamil kembar empat.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: