26 August 2019

IG KENA GODAM - ELYANA SEDIH FOTO KENANGAN, PENGIKUT HILANG


"Silap saya apabila membuka mesej itu dan klik pada arahan kemas kini. Tiba-tiba sahaja, Instagram saya tidak boleh diakses. Saya terus meminta bantuan rakan untuk mendapatkan semula akaun itu. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkannya, cuma sedih apabila semua gambar dan pengikut saya hilang," kata penyanyi dan pelakon, Elyana, 33, menjadi mangsa terbaru pihak tidak bertanggungjawab apabila akaun Instagram peribadinya digodam, sejak Rabu lalu.





Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia menerima mesej secara langsung yang memintanya supaya mengemaskini sistem aplikasi media sosial itu. Elyana berkata, sebelum ini, dia mempunyai 870,000 pengikut menerusi akaun Instagram, @elyanaofficial, tetapi jumlah itu kini tinggal kurang daripada 2,000.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kalis Rindu' itu berkata, apa yang berlaku membuatkan dirinya tergamam dan perasaannya juga bercampur-baur: "Saya rasa seperti mahu menangis, marah, geram dan sakit hati. Semua perasaan itu bercampur-baur.

Klik untuk gambar besar


"Gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini adalah kenangan, sebelum saya mendapat tahu menghidap kanser hingga terkini. Lebih terkesan apabila banyak gambar kenangan bersama anak dan keluarga yang saya simpan di situ hilang. Saya gugup kerana semua itu adalah kenangan yang tidak dapat ditukar ganti," ujarnya.

Sementara itu, Elyana juga berharap, sekiranya ada pihak yang boleh membantunya mendapatkan semula gambar yang hilang supaya menghubunginya menerusi akaun itu: "Syukur kalau ada yang sudi membantu saya mendapatkan balik gambar yang pernah dimuat naik".




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Elyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: