26 August 2019

JATUH SAKIT - PEMINAT DOAKAN SUAMI AMYZA AZNAN


Menerusi laman Instagram, pelakon senior Amyza Aznan telah memuatnaik satu rakaman video serta berkongsi berita sedih bersama peminat dimana suaminya jatuh sakit dan telah dimasukkan ke sebuah hospital.





"Dear beloved hubby... Maybe I might not be there with you, but the breath you breathe now.... was me.... it was me... I'm there with you baby........ please be strong for us FOR KAIAA," tulis Amyza yang mendirikan rumah tangga bersama Khairil Idzhar Md Nazir pada tahun 2004 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki..

Lantas, luahan pelakon berusia 43 tahun itu mendapat perhatian peminat. Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar kesihatan suami Amyza kembali seperti sedia kala. Untuk rekod, Amyza telah dilahirkan pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: