26 August 2019

NAMPAK LAIN - SWEET QISMINA NAFI DAKWAAN CUCUK BIBIR, DAGU


"Sebenarnya muka saya memang sejenis yang senang nampak perubahan kalau berat badan naik atau turun dan make-up juga main peranan. Itu perkara yang memang saya sedar sejak dari dulu lagi. Biasalah perempuan... siapa yang tak nak bibir macam Izara Aishah, Zahirah macwilson...





"Bibir saya tak tebal jadi saya terpaksalah muncungkan sikit masa nak ambil gambar... tiada kena-mengena pun dengan cucuk," demikian ujar pelakon Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhana Qismina, 22, yang menafikan tuduhan dia menyuntik bibir semata-mata untuk kelihatan lebih mungil dan cantik.

Sweet menjelaskan teknik solekan selain gambar memberikan pose 'bibir muncung' atau pout ketika swafoto membuatkan penampilannya tampak berbeza. Sebuah foto yang dimuatnaik pelakon drama bersiri 'Cinta Tiada Ganti' dan 'Adam Chempaka' inimula menjadi perhatian netizen apabila bibirnya kelihatan agak mungil darpad biasa sehingga menyangka Sweet telah membuat suntikan pada bibirnya.

Klik untuk gambar besar


Kata Sweet, dakwaan seperti itu bukan pertama diterimanya sebaliknya netizen pernah mempersoalkan mengenai bentuk muka termasuk dagunya: "Isu saya cucuk muka ni bukan pertama kali jadi kerana tahun lepas pun mereka pernah pertikaikan saya buat perkara sama... mereka cakap fasal bibir dan dagu.

"Ia sebenarnya bergantung pada berat badan dan cara seseorang itu mengenakan make-up. Buat masa ini, saya banyak hilang berat badan mungkin sebab itu ia buat bentuk muka saya kelihtan lebih sharp. Ia akan beri kesan terhadap struktur muka," jelasnya.

Tambah Sweet lagi, dia enggan melatah dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebaliknya menganggap ia sebagai sesuatu yang positif: "Saya faham bila orang suka nak pertikaikan perkara itu... Ia bukan masalah kalau netizen nak kecam mengenai hal itu. Saya faham mereka tidak tahu efford yang perlu diambil untuk menghasilkan sesuatu gambar yang cantik. Asalkan spekulasi yang dibuat tidak mendatangkan sesuatu yang terlalu nagtif untuk saya," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sweet Qismina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: