26 August 2019

BIG STAGE 2: HAN-BYUL 'STANDING OVATION', SHERYL SHAZWANIE TERSINGKIR


Peserta daripada Korea Selatan iaitu Han Byul yang membawa lagu 'Vroom Vroom' nyanyian asal penyanyi Nabila Razali pada konsert minggu kedua dalam 'Big Stage' musim kedua ini telah membuat juri serta penonton terpaku. Pesembahan yang penuh bertenaga dan mantap itu membuatkan Han-Byul menerima tepukan gemuruh dan 'standing ovation' serta membuat kejutan selepas mendahului carta dengan markah sebanyak 89.33 peratus.





Sementara itu, penjuangan Sheryl Shazwanie di pentas 'Big Stage' tidak menyebelahinya apabila dia menjadi peserta pertama yang diumumkan tersingkir selepas menduduki tangga ketiga tercorot mengikut markah darpada juri rofesional. Sheryl, 22, yang menyanyikan lagu 'Drama' nyanyian asal kumpulan Drama Band itu mendapat markah sebanyak 63.67 peratus secara keseluruhan dan tersingikir kerana mendapat undian terendah secara online.

Juri jempuan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat menerusi komen kepada penyanyi yang terkenal degan lagu 'Perasaan' itu menganggap peserta itu tidak bersedia dan memahami lirik yang dinyanyikannya: "Kamu gembira? Lagu ini tentang apa? Apa maksud dia? Awak tak baca lirik betul-betul, balik duduk dan fahami. Awak tak boleh senyum, kena fikir satu kata kerja sebelum mula pesembahan!".

Klik untuk gambar besar


Bagi peserta daripada Indonesia iaitu Dinda Permata yang menyanyikan lagu 'Temberang' (Ayda Jebat) mendapat 82.67 peratus. Selain Selain Han-Byul dan Dinda Permata, sembilan peserta yang layak ke peringkat seterusnya ialah Neeta, Kucaimars, Irfan Haris, Santesh, Syada Amzah, Fieya Julia, Adzrin, Aziz Harun dan Chaleenda.

'Big Stage' yang merupakan program pencarian bakat 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) itu dihoskan oleh penyanyi dan pelakon Alif Satar bersama pengacara Sherry Alhadad dan bersiaran secara langusng daripada Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap hari Ahad bermula 9 malam.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: