04 September 2019

ADIK AKUI NADZMI & ARDELL MESRA TAPI TAK PERNAH BERSENTUHAN


Majlis pernikahan pelakon Nadzmi Adhwa bersama teman baiknya, pelakon Ardell Aryana sehingga kini masih menjadi bualan netizen walaupun sudah beberapa hari diijabkabulkan. Mana taknya, video rakaman yang menunjukkan Ardell sedang menggigil ketika hendak disarungkan cincin telah viral dan hangat dibincangkan di laman sosial.





Terkilan terus dikecam, adik kepada Nadzmi iaitu Nadzim Adzham tampil bersuara. Menurutnya, selaku seorang yang cukup rapat dengan keduanya, mereka sangatlah menjaga batas sepanjang perkenalan dan 'aksi menggigil' itu berlaku tanpa dirancang.

Jelas Nadzim lagi, setiap kali abang dan kakak iparnya itu keluar bersama dengannya, memang tidak pernah nampak mereka bersentuhan walaupun pasangan itu tampak mesra kerana mereka tersangatlah menjaga batas pergaulan diantara mereka.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Adzham turut menafikan aksi menggigil ketika disarungkan cincin hanyalah lakonan, hanya kerana kerjaya mereka sebagai pelakon dan meminta netizen berhenti mengecam pasangan itu lagi. Rata-rata netizen memahami penjelasan yang dibuat Nadzim dan hairan mengapa insiden terbabit diperbesarkan.

Mereka turut memohon supaya individu yang kecam itu mengubah mentaliti dan tidak memperbesarkan perkara yang kecil sebegini. Ramai juga yang memuji dan kagum dengan sikap mereka yang menjaga batas pergaulan. Terdahulu aksi Ardell yang menggigil ketika disarungkan cincin dikritik netizen apabila ramai mendakwa mereka 'berdrama', sebaliknya sebelum ini mereka bebas bertepuk tampar dan bersentuhan.












www.myartis.com / Sumber & foto: Oh Bulan, Rotikaya, Instagram Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa & @amirnaufalphotography


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: