08 September 2019

DISEBALIK KONTROVERSI - SOFI JIKAN BUAT KERJA AMAL


Pelakon 'KL Gangster', Sofi Jikan, 49, tetap meneruskan kerja kebajikan yang dijalankannya sejak beberapa tahun lalu, walaupun dihimpit pelbagai kontroversi. Sofi berkata, antara sumbangan kecilnya adalah membantu sebuah keluarga yang daif di Kelantan dan menyelesaikan kes seorang lelaki yang berhutang dengan Ah Long.





Katanya, sebagai pelakon, dia sudah merasai jatuh bangun dan memahami situasi masyarakat yang berdepan kesukaran. Soffi berkata, pada 2016 dia dihubungi seorang wanita dari Kelantan memaklumkan suaminya lumpuh lebih 20 tahun lalu.

"Wanita itu amat malang. Seminggu selepas mereka berkahwin, suaminya yang juga pemandu lori terbabit dalam kemalangan menyebabkan dia lumpuh. Dia amat setia dan sanggup menjaga suaminya yang kesusahan," katanya.

Atas dasar kemanusiaan, Soffi memasukkan sejumlah wang sebulan sekali ke dalam akaun bank wanita itu bagi menyelesaikan bil elektrik dan air selain membeli makanan serta lampin pakai buang: "Jika masyarakat di luar sana mahu membantu, tampillah bertemu keluarga itu," katanya yang menganggap mereka sebagai saudara.

Menurut Soffi, awal tahun ini seorang lelaki menghubunginya bagi mendapatkan bantuan kerana memiliki empat hutang bersama Ah Long. Katanya, lelaki berusia 20-an yang juga peniaga kecil itu tertekan kerana perlu membayar faedah sebanyak RM200 sehari.

"Saya tidak dapat membantu banyak, hanya boleh memberinya RM100 atau RM150 untuk dua atau tiga hari sekali. Pernah juga apabila saya menerima bayaran persembahan di Johor Bahru, baru-baru ini, semua wang sebanyak RM850 yang diterima diberi kepadanya," katanya.

Soffi turut meminta golongan artis membantu masyarakat yang memerlukan kerana nasib seseorang manusia tidak diketahui. Dia yang turut menggerakkan Tabung Wakaf dan Infaq meminta golongan selebriti meneruskan kerja kebajikan walaupun pernah dipandang negatif.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: