25 September 2019

FB PALSU, SIAR CERITA TAK BENAR - AZIRA MOHON PEMINAT BUAT REPORT


"Ini adalah akaun palsu di Facebook! Tolong bantu spam & laporkan pada video yang diposkan dari halaman ini sejak 15 jam yang lalu. Orang ini mengaku dirinya adalah saya dan menyiarkan cerita yang tidak benar yang boleh menjejaskan reputasi saya @facebook," demikian tulis anggota kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz yang mendedahkan terdapat sebuah akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya.





Menurut Azira pihak tidak bertanggungjawab itu bertindak berkongsi cerita tidak benar yang boleh menjejaskan reputasinya. Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya. Tambah pelakon drama 'Married Tapi Benci' itu, dia tidak mengetahui niat sebenar individu terbabit: "Sesiapa pun anda, saya tidak tahu apa niat anda.

"Saya sentiasa menghargai semua peminat saya, tetapi saya tidak menghargai orang yang membaca cerita palsu," tulisnya yang mula aktif di industri hiburan pada tahun 2015 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Klik untuk gambr besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azira Shafinaz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: