14 September 2019

HUJUNG TAHUN INI - NADZMI & ARDELL TUNAI UMRAH


"Tidak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke Mekah buat kali pertama lebih-lebih lagi bersama isteri tercinta dan keluarga tersayang. Susah saya nak gambarkan perasaan teruja ini, tapi saya selalu berdoa agar urusan ke Tanah Suci dipermudahkan," kata pelakon Nadzmi Adhwa yang meluahkan rasa teruja untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya yang juga merupakan pelakon Ardell Aryana hujung tahun ini.





Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 27, menyatakan dia dan isteri sepakat untuk memilih Tanah Suci sebagai destinasi pertama selepas bergelar pasangan suami isteri 1 September lalu. Menurut pelakon yang popular menerusi drama 'Namaku Bedah' itu, mereka akan bertolak ke Tanah Suci selepas Ardell pulang dari misi kemanusiaan ke Yaman selama sebulan bermula Oktober depan.

Pasangan sama cantik sama padan itu sebelum ini dinikahkan dalam satu majlis secara tertutup yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor dengan hanya sekali lafaz. Terdahulu, pasangan yang sudah berkawan selama lapan tahun ini sering digosipkan bercinta apabila Nadzmi sentiasa meluahkan kata-kata semangat saat Ardell bertarung dengan penyakit kronik yang dirahsiakan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: