14 September 2019

"ISTERI JANGAN KELANTAN... WALAUPUN DIA DOK KL 10 TAHUN" - NETIZEN


Sehingga ke hari ini, kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih lagi hangat diperkatakan selepas Sharnaaz menolak tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka. Lebih menjadi perhatian apabila Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500.





Kecoh mengenai pasangan tersebut, ada netizen mengaitkan isu kenegerian punca perceraian mereka. Menerusi ruangan komen Instagram Sharnaaz, ada segelintir netizen memberikan nasihat kepada pelakon itu supaya elakkan berkahwin dengan orang Kelantan.

Dalam pada itu, ada yang membidas komen netizen tersebut dengan mengatakan isu kenegerian tidak sepatutnya diheret dalam kes pasangan ini. Kata netizen lagi, ramai lagi mereka diluar sana tinggal bersama ibu bapa atau bersama keluarga, bukan saja orang Kelantan.

Apa pun, netizen janganlah buat spekulasi liar mengenai rumah tangga mereka jika tidak tahu hujung pangkal dan perkara sebenar. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nabila dan Sharnaaz.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: