15 September 2019

1 NOVEMBER DEPAN - EYRA HAZALI AKHIRI ZAMAN BUJANG


"Majlis nikah 1 November di Masjid Wilayah, manakala resepsi persandingan diadakan pada 3 November," demikian kata ibu kepada pelakon Eyra Hazali, Qhuzie Mohd. Johari yang mengesahkan anak perempuannya itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pemain bola sepak JDT, Muhammad Haziq Nadzli dalam satu majlis akad nikah yang akan diadakan pada 1 November nanti.





Sebelum ini akhbar melaporkan dalam satu ruangan pojok, pasangan itu difahamkan sudah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya. Eyra, 20, mengikat tali pertunangan dengan Haziq, 21, pada 1 Disember 2018. Majlis pertunangan itu diadakan secara rahsia sebelum berkongsikan hal tersebut kepada umum beberapa hari kemudian.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Eyra Hazali & Haziq Nadzli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: