15 September 2019

"KEPUTUSAN MASIH TETAP BEREHAT BERTANDING AJL" - SITI NURHALIZA


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 40, memberitahu setakat ini dia masih kekal dengan pendirian untuk merehatkan diri dari menyertai pertandingan nyanyian berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).





Menurutnya, dia telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang sama dan belum berfikir untuk mengubah pendirian: "Kenyataan saya sama seperti sebelum ini. Setakat ini keputusan saya masih tetap untuk berehat daripada bertanding dalam AJL. Sehingga kini saya masih berpegang dengan keputusan itu," tuturnya.

Beliau ditemui selepas menjayakan konsert mini Shopee X Simplysiti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam. Desas-desus penglibatan Siti di pentas AJL bertebaran selepas lagu nyanyiannya iaitu Anta Permana lolos ke peringkat Separuh Akhir.

Klik untuk gambar besar


Lagu tersebut merupakan ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Difahamkan Hael enggan penyanyi lain menggantikan tempat Siti kerana lagu dan 'jiwa' Anta Permana dicipta khas untuk pelantun Jerat Percintaan itu.

Kali terakhir Siti berentap di pentas AJL pada tahun 2007 menerusi lagu Destinasi Cinta dalam kategori pop rock. Sepanjang bersaing di AJL, Siti mengungguli trofi utama anugerah tersebut sebanyak tiga kali menerusi lagu Jerat Percintaan (AJL11), Cindai (AJL13) dan Balqis (AJL15).


www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Siti Nurhaliza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: