15 September 2019

FADLAN HAZIM KAHWINI JULIE ANNE KANG SELEWAT-LEWAT TAHUN DEPAN


Walaupun sudah hampir 13 tahun berkawan baik dengan wanita keturunan Cina iaitu Julie Anne Kang, pelakon Fadlan Hazim mengakui perkahwinan bukan satu perkara mudah dan bercadang menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya selewat-lewatnya tahun depan.





Bukan sengaja melewatkan perkara baik, tapi sebagai anak sulung, Fadlan mempunyai tanggungjawab lebih besar: "Ibu saya tinggal sendirian selepas ayah meninggal dunia. Sebagai anak sulung, saya mahu lepaskan adik dulu yang baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

"Selain itu, sebelum berkahwin saya dan Julie mahu mengembangkan perniagaan masing-masing. Sekarang banyak perkara yang kami lakukan. Saya takut apabila berkahwin nanti, ia memberi tekanan dan terbawa-bawa sehingga memberi kesan pada rumah tangga. Jadi lebih baik kami selesaikan apa yang patut dulu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Siapa sangka, anak sulung daripada empat beradik ini turut berkecimpung dalam bidang pertanian. Ketika ini Fadlan mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan seluas 0.8 hektar di Batu 16, Hulu Langat untuk menjamin masa depan dia dan keluarganya.

"Saya harus akui kerjaya sebagai pelakon ini ada pasang surutnya. Kadang-kadang dapat banyak tawaran, tapi tengok-tengok tahun depan senyap. Apatah lagi stesen TV tak mahu ambil sekiranya kita kerap keluar TV. Ini ditambah dengan kedatangan pelakon baru, jadi kita memerlukan perancangan yang lain," ujarnya.

Fadlan berkata, tanaman seperti cili, kacang panjang, bendi, rambutan, durian termasuk menghasilkan madu tualang yang diusahakan sejak dua tahun lalu itu adalah perniagaannya bersama keluarga. Katanya, hasilnya akan dijual di kedai-kedai berdekatan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Fadlan Hazim & Julie Anne Kang


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: