18 September 2019

"ITS NOT ABOUT MONEY. ITS ABOUT RESPONSIBILITY" - NOOR NABILA


Sehingga ke hari ini, konflik rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Noor Neelofa iaitu Noor Nabila cukup hangat diperkatakan. Tuntutan cerai dilakukan oleh Nabila dengan mengemukakan beberapa alasan untuk berpisah dari tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan dan turut menyatakan Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan.





Rata-rata netizen mengatakan nafkah itu sememangnya tidak mencukupi dengan gaya hidup Nabila yang serba mewah. Terbaru, menerusi akaun Instagramnya, Nabila memuat naik kenyataan ianya bukanlah soal duit tetapi lebih kepada tanggungjawab. Netizen mempercayai kata-kata itu merujuk kepada isu nafkah RM500 tersebut.

Terdahulu, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan oleh Nabila kerana ingin cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Nabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: