05 September 2019

"JANGAN GELAR MINAH GIGIL, PARKINSON..." - NADZMI DEDAH ARDELL ANXIETY, DEPRESSION


"Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas.





"Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta depresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lg dalam proses treatment / pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi, apabila terlalu ramai dihadapannya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yg boleh mengakibatkan black out, pitam, sesak nafas.

"Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design. Perasaan berkawan & perasaan bergelar suami isteri itu jauh bezanya, dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz.

Klik untuk gambar besar


"Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dihadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan org ramai. Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yg menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dlm hidup kami, dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah.

"Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah nitizen, tp sy berharap tolong doakan yg baik2 dan jgn timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami. Sedaya upaya sy dan family kami cuba naikkan semangat isteri sy sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini.

"Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yg ade hati. Sebagai seorang suami, Tolong jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil , perempuan parkinson, perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya. Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri, family mertua sy dan family sy.



"Segala yg buruk datang dr kami, yg baik datang dr Allah SWT. Terima kasih utk doa yg baik2 dan terima kasih juga utk yg sebaliknya. #adhwardell," demikian tulis pelakon Nadzmi Adhwa menerusi laman Instagram miliknya yang memperjelaskan keadaan dimana video merakamkan tangan isterinya, pelakon Ardell Aryana menggigil ketika disarungkan cincin.

Dalam entri tersebut, Nadzmi memohon agar netizen berhenti mengeluarkan kata-kata negatif terhadap video tular perkahwinan mereka itu. Kata Adhwa, Ardell yang bertarung dengan masalah depresi itu telah terkena serangan panik ketika majlis tersebut berlangsung.

Tambah Adhwa lagi, netizen tidak perlu membuat andaian negatif terhadap kejadian itu memandangkan mereka tidak berada di tempat kejadian. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz dalam sebuah majlis serba sederhana. Ardell dan Adhwa sudah mengenali antara satu dengan lain sejak lapan tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nadzmi Adhwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: