05 September 2019

LIMA MAJLIS - ELLY MAZLEIN TERHARU KELUARGA LELAKI ADAKAN MERISIK


"Saya buat majlis merisik sebenarnya untuk keluarga, saya berterima kasih kepada bakal suami dan mentua sebab mereka yang nak adakan majlis merisik untuk saya kerana saya tak pernah merasa sebelum ini. Saya tak minta untuk mereka adakan majlis itu tetapi mereka nak buat jadi saya terharu sangat," kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.





Penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu meluahkan perasan terharu apabila bakal suami dan mentuanya berhasrat untuk mengadakan majlis merisik semata-mata kerana dia tidak pernah melalui pengalaman istimewa itu sebelum ini.

Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata majlis yang akan diadakan dalam masa terdekat itu sebagai memenuhi permintaan bakal suami dan mentuanya. Dalam pada itu, Elly memberitahu dia juga merancang untuk mengadakan lima majlis sempena perkahwinannya. Tambah Elly, dia dan lelaki bujang berusia 28 tahun itu bakal mengikat tali pertunangan selama setahun.

"Sebenarnya saya tak sabar nak tunggu majlis ini. Semua sekali ada lima majlis 'back to back', kali ini kami akan buat majlis merisik, majlis sambut menantu, bertunang termasuk malam berinai. Setakat ini semuanya dalam proses yang pasti akan ada malam dengan tema Che Siti Wan Kembang. Dalam majlis berinai nanti akan diadakan dikir barat juga. Kami juga takkan bertunang lama-lama. Ikat hanya sebulan sahaja," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Elly mendedahkan sikap yang bakal suaminya yang disifatkan mempunyai daya penarik. Menurut Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina, biarpun perbezaan usia dirinya dan bakal suami yang mencecah 10 tahun, sikap matang jejaka tersebut menarik perhatiannya.

"Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara salah satu penguat cinta saya pada kekasih hati. Dia juga sangat rapat dengan ayah saya. Dialah yang menjaga ayah saya sekarang dan ayah saya pun sayang sangat dengan dia. Ciri-ciri inilah penyebab kenapa saya pilih dia," tuturnya.

Untuk makluman, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: