05 September 2019

BILA ATIKAH SUHAIME SUKA LELAKI LUCU, BERPERUT BUNCIT


"Saya mahukan lelaki yang kukuh. Saya tidak kisah berapa umur dia kerana umur tidak menunjukkan kematangan seseorang. Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun namun berperangai kebudak-budakkan.





"Lelaki itu mestilah lucu dan mempunyai perut yang buncit," demikian seloroh pelakon Atikah Suhaime yang masih bujang sejak kisah putus tunang terdahulu, mengenai kriteria lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.

Percaya atau tidak, antara ciri-ciri tersebut, Atikah sangat menyukai lelaki berperut buncit. Berkongsi rakaman ketika ditemu bual sebuah stesen radio tempatan, Atikah memberitahu beliau mengidamkan lelaki yang mempunyai kewangan kukuh. Malah Atikah juga tidak kisah berapa pun umur jejaka terbabit.

Lain macam betul kriteria lelaki idaman Atikah. Bolehlah jejaka-jejaka berperut buncit di luar sana mencuba nasib, tapi ingat kewangan juga kena kukuh barulah dapat memenangi hati pelakon cantik ini.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Atikah Suhaime


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: