09 September 2019

KERANA DISKLESIA - SAKINAH TAKUT MEMANDU, TAK TAHU MINYAK & BREK


"Sampai sekarang saya takut untuk memandu kerana orang yang menghidap disklesia tak tahu kiri kanan. Saya tak tahu mana satu pedal minyak dan pedal brek. Itu yang menyebabkan saya takut salah tekan. Saya boleh memandu cumanya dalam jarak yang dekat dan pastikan tiada gangguan seperti kereta dan lori yang banyak," tutur pelakon Sharifah Sakinah yang mengakui bahawa takut untuk memandu dalam keadaan jarak jauh.





Semua mengetahui mengenai Sakinah yang sinonim dengan wataknya yang 'gila-gila', tetapi Sakinah mempunyai sisi lain yang mungkin jarang diketahui orang ramai. Siapa sangka, bintang drama 'Girlfriend Aku Dari Neraka' ini menghidap disklesia tahap sederhana dan memiliki ciri-ciri hiperaktif 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' (ADHD).

Difahamkan, ADHD merupakan gangguan yang ditandai dengan perilaku impulsif hiperaktif dan kurangnya perhatian. Selain itu, Sakinah turut memberitahu dia mengalami trauma selepas kemalangan menimpanya beberapa tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


"Saya pernah mengalami kemalangan ketika sedang hamil dan sebab itu saya jadi takut untuk memandu lagi. Saya akan jadi trauma. Kalau saya memandu, saya akan pandang belakang kalau-kalau ada kereta laju dari belakang," katanya jujur yang sudah empat tahun tidak memandu.

Bagaimanapun, Sakinah menasihati kepada mereka diluar sana yang mengalami masalah sama, perlu segera berjumpa doktor: "Sebaiknya mereka perlu berjumpa doktor dan perlu bercakap dengan seseorang untuk kurangkan masalah tersebut.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: