09 September 2019

AKSI MENANGIS TULAR - ANAK NADIYA NISAA TERKESIMA JUMPA SUMAREH


Video anak kepada pelakon Nadiya Nisaa iaitu Omar Saiful Razman, 8, yang bersorak dan menangis gembira selepas Mohamadou Sumareh menjaringkan gol kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi sulung Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis lalu telah viral di laman-laman sosial.





Rentetan itu, kejutan yang diatur semalam telah menemukan Omar dengan Sumareh dan turut disertai oleh kapten Harimau Malaya, Farizal Marlias, Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad. Selain menerima tiket menyaksikan perlawanan menentang UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Omar turut mendapat sehelai jersi Harimau Malaya pemberian khas daripada Sumareh yang turut ditandatangani oleh beliau.

Detik-detik kegembiraan yang dikongsikan di laman Instagram Harimau Malaya itu menyaksikan peminat cilik ini terkesima apabila dipertemukan dengan idolanya. Selain dapat bersalaman, Sumareh mengakui teruja dapat berjumpa dengan Omar dan menyampaikan beberapa keping tiket bagi menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa ini.

Klik untuk gambar besar


"Awak ok? Saya lihat video awak. Saya sangat gembira. Terima kasih banyak-banyak. Saya peminat awak juga, peminat-peminat saya pun minat awak juga," kata Sumareh. - Jawab Omar pula: "Semoga berjaya menentang UAE nanti."

Bukan hanya Sumareh, Omar juga berpeluang bertemu dan berbual bersama penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias. Pada Khamis lalu, Nadiya Nisaa berkongsi video debaran yang dilalui anaknya itu yang menagih kemenangan Malaysia menentang Indonesia. Bukan itu sahaja, Nadiya turut memuatnaik video pada Jumaat menunjukkan keterujaan Omar membaca berita kemenangan Malaysia dari sebuah akhbar.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Harimau Malaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: