09 September 2019

LEPAS USM - ARJA LEE SAMBUNG PENGAJIAN DI UPSI


"Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana selepas tamat pengajian di USM (Universiti Sains Malaysia). Selepas empat tahun, saya bersyukur kini dapat merealisasikan impian itu. Saya memutuskan untuk menyambung pengajian dan bidang Pengajian Seni kerana kursus itu sangat tepat dengan apa saya lakukan sekarang.





"Kursus sepenuh masa itu akan membabitkan kerja khusus dan penyelidikan. Saya dimaklumkan saya adalah golongan selebriti pertama yang menyambung pengajian peringkat itu di sana. Pihak UPSI juga berharap lebih ramai lagi selebriti memilih universiti itu selepas ini.

"Insya-Allah saya akan tamat pengajian pada 2021," demikian kata pelakon dan penyanyi Arja Lee yang menjadi selebriti pertama mengikuti pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak yang bermula minggu depan.

Klik untuk gambar besar


Arja, 36, ketika dihubungi berkata, dia bersyukur apabila berjaya diterima mengikuti pengajian di universiti berkenaan untuk tempoh setahun setengah. Walaupun mengikuti pengajian sepenuh masa, Arja tetap akan aktif sebagai pelakon dan penyanyi.

Dia juga gembira apabila projek Arja Art Academy diterima sebagai tugasan dalam pengajiannya nanti: "Saya cuma akan menghadiri kelas pada Jumaat dan Sabtu. Selebihnya, saya masih ada masa untuk kerjaya seni saya termasuk menguruskan projek Arja Art Academy.

"Syukur, projek itu diterima pensyarah saya untuk dijadikan satu daripada tugasan besar dalam pengajian nanti. Saya juga ada menyimpan niat untuk menjadi pensyarah selepas ini," tuturnya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama 'Pesan Pada Hati' yang turut dibintangi Shukri Yahaya, Nabila Razali, Chacha Maembong, Jasmin Hamid dan ramai lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Arja Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: