08 September 2019

PASSPORT DIJUMPAI - AIMAN TINO BERSERAH, KALAU ADA REZEKINYA


Penyanyi Aiman Tino, 21, ketika dihubungi memberitahu sebaik berita dia sanggup membayar RM8,000 untuk mendapatkan semula barangannya yang hilang disiarkan media, ada seseorang menghantar mesej langsung (DM) kepadanya. Namun, dia sukar untuk mempercayai maklumat diberikan individu terbabit kerana dia seperti mahu mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.





"Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan semula barangan itu walaupun ada seorang individu muncul memberi maklumat. Selain maklumat diberikan samar, individu itu turut meminta saya membayar kepadanya terlebih dulu. Bagi saya, jika dia di pihak terbabit berurusanlah secara profesional," katanya.

Penyanyi lagu 'Ku Rela Dibenci' ini berkata, kini dia menyerahkan kepada ketentuan Allah SWT. Katanya, jika barangan itu masih menjadi rezekinya pasti akan dipulangkan: "Jika memang bukan rezeki saya, nak buat macam mana walaupun barangan yang hilang itu ada berhubung kait dengan urusan kerja saya".

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Aiman berjaya mendapatkan semula passport miliknya selepas diberikan seorang individu yang menjumpainya tidak jauh dari lokasi kejadian: "Terima kasih kepada individu itu. Nampaknya, pencuri itu menyelongkar dompet saya di tempat tidak jauh dari kawasan kejadian".

Dalam kejadian Khamis lalu, Aiman kerugian lebih RM8,000 apabila komputer riba, kamera GoPro dan beg mengandungi MyKad dan passport yang diletak di dalam kereta Perodua Myvi miliknya dilarikan pencuri yang memecah cermin belakang kereta berkenaan. Kejadian berlaku di Kampung Melayu Subang, Shah Alam ketika dia dan rakannya singgah untuk makan malam di sebuah kedai makan di kawasan terbabit.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aiman Tino


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: