08 September 2019

SOLEKAN WANITA - NAZIM NAFI SAJA-SAJA, TETAPI UNTUK UJI BAKAT


Mengenai gambar dan video yang dimuatnaik di laman Instagram memaparkan dirinya menjadi wanita, pelakon Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35, berkata, itu adalah uji bakat bagi sebuah projek yang memaparkan kisah kehidupan seorang mak nyah. Menurut Nazim, dia tidak mahu menjadi pelakon stereotaip dengan melakonkan watak sama.





"Saya bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syirik. Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama untuk tayangan iflix. Cerita itu bakal mengetengahkan tema 'paper doll'.

"Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru. Ia bukan watak wanita, tetapi mak nyah yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung. Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja," katanya.

Klik untuk gambar besar


Video yang dimuatnaik sejak kelmarin itu mencecah lebih 300,000 tontonan, mendapat lebih 31,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen. Menurut Nazim, dia masih menunggu keputusan daripada pihak produksi sama ada dia berjaya diterima melakonkan watak itu atau tidak.

"Saya memang berharap dan berdoa supaya ia menjadi rezeki saya untuk menambah warna dalam portfolio saya sebagai seorang pelakon. Sekurang-kurangnya saya sudah menunjukkan inisiatif awal kepada pihak terbabit. Saya tak ambil mudah apabila mendapat sesuatu tawaran lakonan. Saya komited dengan kerjaya saya," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nazim Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: