15 September 2019
NAFI SOROK SUAMI - APRENA AKUI TAK SUKA MUATNAIK FOTO BERSAMA
Menafikan dakwaan sengaja merahsiakan status sudah berkahwin daripada pengetahuan peminat, pelakon Aprena Manrose, 25, yang mencipta nama menerusi drama 'Tiada Arah Jodoh Kita', mengakui ramai netizen masih mempersoalkan status dirinya kerana tidak tahu dia sudah mendirikan rumah tangga.
"Ada netizen tidak percaya saya sudah berkahwin dan tidak kurang menuduh saya sorok suami. Hakikanya, saya bukan sorok tetapi tidak suka memuatnaik gambar bersama di Instagram. Bagi saya ia sisi peribadi yang tidak perlu dikongsi dengan peminat di laman sosial," katanya.
Mengulas mengenai rumah tangganya pula, kata Aprena, dia dan suami, Mohd Afiq Hazman hidup bahagia sejak tiga tahun lalu: "Suami bekerja sendiri dan selalu menemani saya di rumah jika saya tiada penggambaran drama atau filem. Apa yang penting suami merestui pembabitan saya dalam bidang lakonan dan sebagai isteri saya tahu jaga batas,".
Ditanya soal anak pula, Aprena berkata sudah lama dia bersedia dan sedang berusaha ke arah itu: "Maklumlah sudah tiga tahun kami berkahwin dan kalau boleh mahu dapat anak tahun ini. Kami merancang berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesuburan pada hujung tahun ini. Doakanlah semoga kami dikurniakan zuriat tidak lama lagi".
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aprena Manrose
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment