11 September 2019

PU ABU MUATNAIK TANGAN CALAR - "HIRISAN TAK SESAKIT BEKAS ISTERI" - NETIZEN


Menerusi laman Instagram, pendakwah bebas PU Abu Sufyan telah memuatnaik foto kesan calar dan luka di bahagian tangannya. Melihat pada bahagian kapsyen yang ditulis, PU Abu seakan memberi gambaran seolah-olah dia diserang oleh beberapa orang individu.





Dalam pada itu, PU Abu melahirkan rasa syukur kerana tidak berlaku sebarang kecederaan yang serius: "Alhamdulillah aku diuji lagi. Aku bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku hanya sekadar calar-balar di tangan.

"4-5 orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku. Allah adalah sebaik-baik pelindung. Ujian didik jiwa kita untuk lebih kuat dari siapa kita hari ini, kuncinya hanya satu sabar," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut PU Abu terkejut serta risau melihat keadaannya. Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang beranggapan ini adalah balasan untuk apa yang telah dilakukan terhadap bekas isterinya, Ain. Sementara itu, menerusi InstaStories pula, PU Abu turut memaklumkan telefon bimbitnya telah hilang.

Terdahulu, PU Abu menceraikan Ain kerana bekas isterinya mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa. Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram PU Abu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: