17 September 2019

"SAYA CUMA PERTAHANKAN APA YANG BETUL & MARUAH SAYA" - ZIMI


Mendedahkan tiada persefahaman dan ideologi berbeza menjadi punca dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Akim & The Majistret (ATM) sejak tiga minggu lalu, komposer Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Zahari, 35, berkata, dia enggan meletakkan sebarang kesalahan pada mana-mana pihak sebaliknya keputusan itu dibuat demi mempertahankan maruah diri.





"Dalam situasi ni saya tak mampu nak buat apa-apa. Saya cuma pertahankan apa yang saya rasa betul dan saya pertahankan maruah saya. Lagipun penarikan diri dari kumpulan itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada saya atau ATM. Saya orang biasa sahaja yang ada ilmu dan ATM kuat kerana kami bersama. Saya tak mahu melawan atau kalahkan siapa-siapa.

"Apa yang mereka perlu tahu saya bertahan selama ini, dengan sesiapa saya berdebat hanya untuk mempertahankan ATM. Tiada apa yang lebih dari ini. Tapi sampai satu tahap, saya perlu buat keputusan dan dalam hal ini saya tak mahu menunding jari kepada sesiapa kerana tak ada gunanya pun," katanya.

Untuk info, Akim & The Majistret turut dianggotai oleh Hafiz, Fairuz, Wan dan Ajiji. Selain itu, Zimi berkata, penarikan diri darpada kumpulan itu tidak bermakna dia akan meninggalkan industri muzik yang sudah sebati dalam dirinya.

Klik untuk gambar besar


Malah Zimi menganggap perkara yang berlaku sebagai hikmah untuk melaksanakan projek tertangguh yang sudah dirancangnya sejak beberapa tahun lalu: Sebenarnya saya sudah lama ada perancangan ini iaitu untuk lahirkan ZIIN dan bekerjasama dengan talent saya sendiri iaitu Tree Hill dan beberapa lagi artis lain.

"Saya anggap keputusan dan kejadian ini berlaku adalah untuk mengukuhkan rancangan saya sebelum ini. Apa yang berlaku takkan pernah patahkan semangat saya untuk berkarya. 18 tahun dalam industri, saya tak pernah buat benda lain kerana ini adalah minat saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Zimi juga berharap kumpulan itu tidak akan terkubur meskipun tanpa dirinya. Untuk ATM, saya doakan mereka berjaya dan teruskan dengan perjuangan dengan idea awal penubuhan kumpulan ini. Saya harapkan mereka tak stop ATM kerana ia usaha dan penat lelah kami untuk sampai ke tahap ini.

"Jadi sayang kalau mereka tak ambil serius dan fikir benda-benda yang tak baik yang hanya akan memudaratkan platform mereka sendiri. Saya sudah tiada kuasa lagi untuk bercakap dalam ATM... I'm nobody now," tuturnya yang sebelum ini mengesahkan secara rasmi keluar daripada kumpulan itu sejak tiga minggu lalu.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: