04 September 2019

SHARIFAH AMANI: "DULU MENGAKU BODOH CAKAP BAHASA MELAYU"


"Nani dulu pun mengaku bodoh cakap bahasa Melayu. Nani bagi tau semua orang bukan fasal bangga tapi Nani jujur. Mungkin cara tu silap tapi itu cara Nani nak minta tolong kot. Masa tu Nani kena kecam teruk, tapi walaupun dah bertahun tetap orang guna point sama.





"Nani dah usaha macam-macam untuk lagi fasih bertutur bahasa Melayu," demikian kata Sharifah Amani yang mesra disapa sebagai Nani itu mengakui ketika di awal kemunculannya dalam industri tanah air dia lemah berbahasa Melayu dan dia tiada niat untuk berasa bangga dengan kebolehannya fasih berbahasa Inggeris.

Pasti ramai masih ingat lagi dengan kenyataan pelakon Sharifah Amani, "I sound stupid if I speak Malay" beberapa tahun lalu yang mencetuskan kontroversi. Dalam pada itu, Amani berkata segala kecaman dan kata hinaan yang diterima membuatkan dirinya bertutur dalam bahasa Melayu jauh lebih baik.

Klik untuk gambar besar


Pengakuan pemilik nama sebenar, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 33, itu dikongsi menerusi komen yang ditinggalkan dalam laman Instagram pengarah, Shahrulezad Mohameddin. Menurut Nani, dia bagaimanapun bersyukur kerana selepas bekerja di bawah pengarahan Shahrulezad menerusi drama Emil Emilda, pengarah itu tidak skeptikal dan tanpa jemu memberikan tunjuk ajar.

"Dulu masa kena kecam teruk Nani jadi lagi jauh dengan bahasa Melayu dan jadi fobia. Pergi mana-mana je ada yang nak kutuk, nak hina. Terus takut nak berbahasa Melayu. Tapi Alhamdulillah masa tu ada Sharulezad, Bahri, Isma semua dekat set. Korang tak judge Nani langsung. Lagi korang love Nani, lagi Nani berani nak berbahasa Melayu," ujarnya.

Tambah pelakon 'Sepet' itu, dia kini telah mampu untuk menggunakan bahasa Malaysia dengan baik tetapi mengakui masih dalam proses pembelajaran. Terdahulu, pengarah drama islamik fenomena 'Nur' itu memuatnaik status berbaur sindiran dengan kapsyen 'Bahasa Jiwa Bangsa' dalam Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, Shahrulezad berkata, orang Melayu yang terang-terangan bangga mengakui tidak pandai bercakap bahasa Melayu adalah sesuatu yang memualkan.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Kosmo & Instagram Sharifah Amani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: