01 October 2019

ADIK NABILA PERLI SHARNAAZ? : "JANGAN TUDING JARI KAT ISTERI JE"


Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad telah menfailkan permohonan nusyuz pada 19 September lalu terhadap isterinya. Menurut Sharnaaz, dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya.





Susulan episod terbaru itu, adik kepada Nabila iaitu Nellisa Mohd Noor dilihat memuatnaik status seakan berbaur 'sindiran' yang menimbulkan persoalan kepada siapa ianya ditujukan. Status tersebut memetik mengenai layanan seorang suami kepada isteri. Nellisa turut menyatakan bahawa suami jangan hanya tahu menunding jari terhadap isteri sahaja dan asyik menyalahkan isteri sahaja.

Ujarnya lagi, jika suami melayan isteri dengan baik dan memberikan sepenuh kasih sayang sudah pasti isteri tidak akan buat hal. Apapun, kami juga tidak pasti sindiran itu dituju pada siapa. Semakin hangat kes rumah tangga pasangan ini, apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat mereka.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: