01 October 2019

NORMAN HAKIM AKUI TELAN 10 PAPAN PANADOL, CUBA BUNUH DIRI


"Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak. Bila saya hilang keluarga, maknanya saya mati. Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan bernafas pun rasa tak guna.





"Tambahan pula ketika itu macam terpengaruh dengan drama juga, saya tak fikir panjang lalu menelan 10 papan Panadol pada jam 4 pagi," demikian kata pelakon Norman Hakim yang mendedahkan dia pernah cuba untuk membunuh diri lapan tahun lalu selepas pernah berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini.

Menurutnya, ketika itu dia hilang pertimbangan selepas bercerai dengan pelakon Abby Abadi. Dedah Norman, pada waktu itu dia teras dunianya gelap apabila terpisah dari anak-anak dan bertindak menelan 10 papan Panadol.

Klik untuk gambar besar


Berkongsi cerita kejadian tersebut, Norman berkata dia sempat menghubungi ibu bapanya untuk memohon maaf namun dia bersyukur Allah berikan peluang untuknya terus hidup dan bertaubat: "Kemudian terus telefon mak dan ayah untuk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas salah silap saya selama ini.

"Tidak lama selepas itu saya terus terlelap tak sedar diri dan hanya sedar kembali pada jam 9 pagi kemudian terus berkata 'eh aku hidup balik'? Kemudian ia terus menjadi turning point dalam hidup saya kerana Allah telah bagi peluang untuk saya hidup dan bertaubat kepadanya," ceritanya lagi.

Hasil perkahwinannya dengan Abby, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Norman kemudian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & YouTube SINAR


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: