22 October 2019

ALIFF SYUKRI BERBAIK DENGAN ISTERI, BAKAL KELUAR LAGU BARU


Rumah tangga usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida sebelum ini dikatakan sedikit bergolak apabila kedua mereka dilihat memuatnaik status seolah perkahwinan mereka sedang diuji. Malah, kedua-dua mereka juga tidak lagi memuat naik gambar bersama di akaun Instagram masing-masing. Bagaimanapun, hubungan suami isteri itu sudah pun kembali pulih apabila Aliff memuat naik video memaparkan kedua-dua mereka memohon maaf.





Menerusi perkongsian tersebut, Aliff mengakui setiap pendapat suami isteri pasti akan bercanggah dan bermulanya ego masing-masing. Malah, Aliff mengatakan untuk mencari kebahagiaan dalam rumah tangga perlu berhenti mencari siapa yang salah siapa yang betul.

Di akhir perkongsian tersebut, Aliff sempat memberitahu bahawa dia akan mengeluarkan lagu terbaru bersempena dengan kisah sedih mengenai pertelingkahan mereka suami isteri yang berlaku hampir 3 bulan. Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur hubungan suami isteri tersebut sudah pun kembali pulih seperti sedia kala dan ramai yang mendoakan semoga hubungan suami isteri itu kekal bahagia sampai ke akhir hayat.

Apa pun diharap pasangan ini akan kekal bahagia dan sentiasa bersama. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Mungkin apa yang berlaku sebelum ini dapat menguatkan lagi hubungan mereka suami isteri.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aliff Syurki


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: