11 October 2019

HANEESYA HANEE: "SAYA TAK BODOH AGAMA & TAK AKAN PERLEKEHKAN"


"Saya tak bodoh agama dan saya tak akan memperlekehkan agama saya sendiri. Saya diberitahu gambar yang diambil cuma separuh dan sekadar nampak skarf. Itu saja tapi saya tak sangka gambar itu adalah gambar penuh. Sedangkan masa penggambaran saya dah ingatkan mereka supaya tidak merakam foto saya dalam keadaan seksi apatah lagi muat naik di laman sosial," demikian kata model dan pelakon Haneesya Hanee.





Pelakon drama 'Cik Reen Encik Ngok Ngek' itu tampil menjelaskan dia tidak pernah berniat mempersendakan agama dan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pemilik produk berkenaan memungkiri janji dengan berkongsi foto keseluruhan imej.

Nama Haneesya sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tersebar gambarnya bertudung tetapi tampil seksi apabila pakaian yang digayakan menampakkan bahagian pehanya. Dikecam teruk oleh netizen malah ada yang menyifatkan perbuatannya itu seolah mempersendakan agama.

Klik untuk gambar besar


Jelasnya lagi, tidak wajar dirinya dipersalahkan dan dia tidak bersalah dalam isu tersebut kerana gambar tersebut dikongsikan oleh orang lain sehingga mencetuskan kontroversi: "Bila mereka muatnaik gambar tu, pada saya ia bukan salah saya sebab mereka yang berbuat demikian.

"Bagi saya pula, saya dah cuba terbaik untuk pastikan gambar itu dihapuskan bukan kerana saya takutkan kecaman tapi saya tahu gambar macam tu tak patut dikongsi di media sosial kerana boleh menyebabkan kemarahan orang. Jadi, tak wajar ada pihak nak tuduh saya mempermainkan agama, saya tak jahil sampai tahap tu lagi," katanya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: