11 October 2019

ISTERI SELAMAT BERSALIN - JAMAL ABDILLAH TIMANG ANAK PEREMPUAN


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah atas berita kelahiran anak perempuannya, Nur Azura Yamani yang selamat dilahirkan pada jam 5.35 petang semalam. Menurut Jamal, 60, isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuannya itu secara pembedahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.





"Alhamdulillah, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga. Isteri dimasukkan ke wad bersalin semalam dan pada jam 5.35 petang tadi, pembedahan selamat dijalankan. Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram," tuturnya.

Mengulas mengenai keadaan isterinya pula, kata Jamal, Zai Izzati akan ditahan selama beberapa hari di wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah: "Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pembedahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah. Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti".

Untuk makluman, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak. Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perceraian. Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: