24 October 2019

KENA DEMAM CAMPAK - PENGIKUT IG KONGSI PETUA, DOA KESEMBUHAN AAISYAH


"Stress nak layan campak ni, tidur dulu lah," demikianlah kapsyen yang ditulis berserta dengan hashtag 'aaisyahdhiariana', 'chickenpox', '2019' di laman Instagram anak bongsu kepada pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana yang disahkan telah dijangkiti demam campak ketika usianya lima tahun.





Sementara itu, menerusi ruangan komen foto tersebut, pengikut IGnya mula memberikan beberapa petua untuk menghilangkan demam campak. Antara petua yang diberikan adalah dengan menggunakan daun semambu dan banyakkan minum air kelapa.

"@wayra.exclusive: Alahai semoga cepat sembuh. Kalau tak jumpa daun semambu, boleh beli minyak daun semambu." - "@nysamusa: Sabun himalaya atau daun semambu bagus. Anak baru lepas kena chicken pox beberapa bulan lepas". - "@zahas_collection: Beli bedak daun semambu. Cepat sembuh nanti chickenpox tu." - "@cikkriffa_: Makan sup ketam dan minum air kelapa." - "@iamsrnh: Cuba kasi minum air kelapa muda," antara-antara komen netizen.

Terdahulu, Aaisyah telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama beberapa hari akibat demam. Aaisyah merupakan anak Che Ta hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Che Ta mempunyai dua orang anak sebelum itu dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Aaisyah Dhia Rana, Rozita Che Wan & Zain Saidin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: