24 October 2019

RIHANA OKSANA NAFI DAKWAAN JUAL CINCIN PERKAHWINAN


Sebelum ini menerusi laporan portal Daily Mail UK, bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko dikatakan terpaksa menggadai cincin perkahwinannya bernilai RM1.05 juta untuk menampung bil perubatannya akibat ditinggalkan ketika hamil 4 bulan.





Ketika itu beliau begitu terdesak untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan di Switzerland dan hampir keguguran. Rihana mendakwa terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo iaitu sama seperti dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.

Namun, menerusi komen terbarunya di laman Instagram, Rihana telah menafikan dakwaan dia telah menjual cincin perkahwinannya. Rihana menjawab pertanyaan daripada beberapa netizen yang mempersoalkan bagaimana beliau masih mampu hidup mewah dan bercuti di Paris. Menurut Rihana, dakwaan itu hanya khabar angin sahaja dan beliau tidak pernah memberikan kenyataan sahih kepada mana-mana pihak media.

Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu dan mengetahui mengenai perceraian mereka hanya melalui internet. Rihana juga telah menuntut sebuah rumah agam bernilai RM41.2 juta dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah RM123,694 sebulan. Malah, beliau juga berkata akan mendedahkan wajah Tengku Ismail Leon Petra tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Rihana Oksana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: