25 October 2019

BILA ALIFF SYUKRI BUAT KEJUTAN, HADIAHKAN PORSCHE UNTUK ISTERI


Menerusi satu posting di laman Instagram, isteri jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida telah memuatanik gambar dirinya bersama kereta jenama porsche yang dihadiahkan oleh suaminya.





Menurut Nur Shahida, dia tidak menjangkakan kejutan berkenaan biarpun suaminya sebelum ini memintanya untuk menjual kereta lama mereka: "Mula-mula suami suruh jual kereta sedih juga. Tapi rupanya dia nak belikan yang baru. Terima kasih hubby, berbunga-bunga hati dapat kereta baru".

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji pilihan kereta berkenaan yang disifatkan sangat sepadan dengan empunya diri. Selain itu, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai hadiah pengorbanan seorang isteri. Pada yang tidak tahu, rumah tangga kedua-dua pasangan itu didakwa telah dilanda badai sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, mereka akhirnya berdamai dan berita gembira itu dikongsi menerusi satu video memaparkan kedua-duanya berpelukan. Untuk rekod, Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Datin Seri Nur Shahida & Datuk Seri Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: