25 October 2019

ALI PUTEH: "WALID TAU KAMU KUAT... SOAL DUIT WALID USAHAKAN..... SUSAH & PERIT"


"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul... untuk anak walid dan ibu Sharifah Nur Ainul Mardhiah.. walid tau kamu kuat... soal duit walid usahakan.. biar lah susah dan perit.. ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu.. yg penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid..





"Allahu... terima nurse nicu hospital ampang... adik dah dpt katil baru... siap mainan untuk adik ainul... terima kasih auntie semua... doakan anak dan jage anak saya mcm anak sendiri.... aminn Sharifah Nur Ainul Mardhiah," demikian luahan hati pelawak Ali Puteh pada foto anakanda tercinta, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dimuatnaik di laman sosial Facebook dan Instagram.

Menerusi posting tersebut Ali seperti meninggalkan pesanan kepada Sharifah Ainul Mardiah atau lebih mesra dipanggil Ainul supaya terus kuat menempuhi hari mendatang. Lebih menyentuh perasaan apabila Ali memberitahu kepada Ainul supaya tidak perlu bimbang tentang wanga ringgit kerana dia akan usahakan, walaupun susah dan perit.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...Untuk anak walid dan ibu Sharifah Nur Ainul Mardhiah. Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ali turut mendoakan kesihatan Ainul dan meminta supaya Ali dan isteri terus berdoa dan kuat untuk puterinya itu. Ainul berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan kini sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: