25 October 2019

LEGA KES PUKUL TTL - SYAFIE NASWIP AKUI TAK TOLAK JALIN HUBUNGAN BAHARU


"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dengan keputusan siasatan yang dibuat dengan penuh telus oleh pihak berwajib. Sekurang-kurangnya ia telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas saya adalah tidak benar dan saya berterima kasih dengan doa semua. Betullah pesan dan ingatan Mak setiap masa pada Ayie, doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya. Dan itulah yang Ayie doakan setiap masa.





"Saya rasa sangat lega dengan keputusan yang diberitahu oleh pihak peguam, tapi tidaklah sampai nak melompat," tutur pelakon Syafie Naswip yang bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga serta peminat semua yang tidak putus-putus menghantar kata-kata semangat dan doa kepadanya berhubung kes membabitkan dirinya dengan bekas tunang, pelakon Aishah Azman.

Beberapa bulan lalu kecoh apabila Syafie dan Aishah dikhabarkan putus tunang. Lebih menjadi perhatian apabila berlaku insiden tidak diingini apabila Syafie didakwa mencederakan Aishah dan bekas tunangnya itu bertindak membuat laporan polis.

Namun selepas dijalankan siasatan sepenuhnya dan Syafie secara sukarela datang memberi keterangan, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu turut disahkan oleh peguam Syafie, iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah daripada Ashraff Al-Hizan & Associates: "Alhamdulillah pihak polis yang menyiasat kes berkenaan aduan yang dibuat oleh bekas tunang Syafie telah memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis bahawa siasatan telah pun dijalankan dan hasil siasatan tersebut telah dibawa kepada pendakwaraya.

"Pihak pendakwaraya kemudiannya telah meneliti kertas siasatan tersebut dan telah membuat arahan agar Tiada Tindakan Lanjut (No Further Action) ke atas kes ini memandangkan tiada keterangan yang mencukupi untuk menuduh Syafie berkenaan aduan tersebut," terang Ashraff.

Terdahulu, Syafie dan Aishah telah bertunang pada awal April lalu namun mengumumkan sudah putus tunang selepas empat bulan. Tidak lama kemudian, timbul pula kes pergaduhan diantara mereka membabitkan 'status' Syafie.



Walaupun sebelum ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan netizen gara-gara tuduhan dia memukul bekas tunangnya, Syafie tidak pernah membuat sebarang kenyataan balas, sebaliknya hanya menyerahkan kes tersebut untuk dibawa ke muka pengadilan dan akhirnya terbukti dirinya tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.

"Selama ini, saya hanya berdiam diri dan mengikut sahaja aliran hidup tanpa memberi sebarang kenyataan balas. Sedangkan saya boleh sahaja berbuat demikian, apatah lagi ketika itu saya dihentam teruk. Tetapi saya anggap, berbalas kenyataan takkan memberikan pengakhiran yang baik. Alhamdulillah, pendekatan saya betul dan saya percaya, jika berada di pihak benar, satu hari nanti orang akan tahu juga.

Meskipun melalui episod duka putus tunang sehingga dihimpit kontroversi yang menjejaskan namanya, Syafie bagaimanapun tidak serik untuk bercinta lagi: "Saya anggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai ujian. Kalau belum mampu menerima takdir yang berlaku, tidak mungkin saya dapat memberikan kenyataan seperti sekarang. Ia satu fasa kehidupan untuk menjadi lebih matang. Apa yang berlaku juga ada hikmahnya. Saya tidak menolak untuk menjalinkan hubungan baharu, tetapi dalam apa juga perkara, kita perlu melebihkan mak dan ayah.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Syafie Naswip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: