25 October 2019

"KUTUK MACAM TIADA HARI ESOK..." - RUHAINIES AKUI SEDIKIT TERTEKAN


"Artis antarabangsa pun tertekan sehingga mengalami depresi, apatah lagi saya... Saya juga rasa sedikit tertekan jika berdepan dengan kerenah netizen. Bagi saya, pegangan agama itu sangat penting. Bila rasa stress, fikirkan mengenai orang yang sayangkan kita.





"Kita ada keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan kita, jadi jauhkan diri dari aura negatif," kata pelakon Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, yang enggan melayan aura negatif yang diberikan oleh sesetengah netizen yang membenci dirinya.

Bergelar selebriti, Ruhainies mengakui tidak lari dari sikap sesetengah wargamaya yang bergelar 'haters' dan sering mencari kesalahan dirinya. Tambah pelakon drama bersiri 'Tak Ada Cinta Sepertimu' ini, dia bertindak untuk menyekat sesiapa yang dirasakan melampaui batas.

Klik untuk gambar besar


"Ada segelintir netizen makin lama makin melampau. Bila nak kutuk tu, mereka kutuk macam tiada hari esok... Kadang-kadang terkejut melihat mereka mengeluarkan kata-kata makian paling maksimum. Bagi saya, jika ada yang melampau, sekat sahaja.

"Itu ubat yang paling mujarab untuk mereka. Saya hanya mahu mengekalkan suasana positif dan tak membalas perkara yang bukan-bukan. Mereka yang bersifat negatif tidak layak mendapat layanan saya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Ruhainies baru sahaja membuka sebuah kafe, 'Bites Dessert' yang menyajikan pelbagai seleksi pencuci mulut. Ruhainies memilih kafe yang menjual pencuci mulut yang menyajikan lebih 40 seleksi 'sweet and savoury desserts' serta ais krim.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: