Bakal diijabkabulkan November depan selepas mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, Muiz Nasruddin pada 4 Mei lalu, terkini pelakon Nadia Brian telah berkongsikan foto sekitar majlis 'bridal shower' bersama teman rapatnya.

Dalam foto dan video yang dikongsikan, Nadia kelihatan cukup menawan dengan dress low cut berwarna merah terang dan turut berendam di dalam kolam. Bagaimanapun, ada segelintir netizen kurang senang melihat pakaian Nadia yang disifatkan terlalu terdedah dan seksi. Malah ramai yang mempersoalkan tindakan pelakon itu yang terlalu mengikut budaya barat.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen turut merasa kasihan dengan bakal suaminya di atas tindakan tunangnya yang 'belanja' auratnya kepada umum. Apa pun di harap selepas ini Nadia lebih berhati-hati sebelum memuatnaik gambar kerana bimbang ianya mengundang kecaman.
Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum & Instagram Nadia Brian
________________________

No comments:
Post a Comment