28 October 2019

ISTERI BAKAL BERSALIN BULAN DEPAN - ALIFF SYUKRI MINTA CADANGAN NAMA


"Korang rasa dalam perut isteri abang ini baby girl or baby boy.. cer teka?? Abg nak plan taruk nama baby ni.. Kalau dapat baby girl.. apa nama yang paling sedap yang paling sesuai?? Tapi kalau dapat baby boy pula apa nama yang sesuai nak bagi abang konfius lah?





"Nama yg yang korang rekemn paling unik dan istimewa mungkin abang akan ambil untuk abang gunakan sebagai nama anak yang dalam kandungan ini.. Neveouss nak tunggu dia keluar next month.. Kalau boleh abang nak cari nama-nama yang baik dan memberi makna yang bagus dlm islam.. maklumlah abang ni bukannya baik mana pun.

"Jadi kalau boleh nak ada nama anak yang baik dan memberi maksud yang baik juga semoga kita semua diberi kan rahmat dan kebaikan amin-amin yarobalalamin," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang bertanya kepada para pengikutnya di media sosial mengenai apakah nama paling sesuai untuk diberikan buat anak kelimanya yang bakal lahir bulan hadapan.

Klik untuk gambar besar


Malah, penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' itu juga turut memberi bayangan mungkin akan mengambil cadangan nama yang diberikan netizen andai ia dirasakan sesuai. Pada masa sama, Aliff juga mengahrapkan agar cadangan nama yang diberikan mempunyai maksud yang baik-baik.

Untuk makluman, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta turut mengambil anak angkat perempuan, Ameena.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: