28 October 2019

KONGSI REZEKI - ABBY SEDEKAH 2 FREEZER UNTUK NICU, MENAMPUNG SUSU IBU


"Alhamdullillah Syukur (25/10/19). Rezeki ALLAH dikongsi bersama. Minggu ni tak sempat nk belanja makan pada staffnurse & doc2 HSB yg rajin melayan kami & mnjaga baik anak kami NICU... jadi kami Sy, suami @jaiezzany & anak2 @danishhakimofficial @marissadaniaaaa_ @m_danishaa @danish_edry @daiyandayana semua belanja 2 freezer utk NICU ni bagi menampung susu badan ibu2 yg pam kan susu utk baby2 mereka disini termasuklah Sy.





"YAKIN DENGAN JANJI ALLAH. Apa sahaja yg diniatkan kerana ALLAH, jangan teragak2. Bagi je.. yakin ALLAH akan ganti semula. Yerrr.. itulah yg sedang kami sekeluarga usahakan kerana kami sangat yakin dgn janji ALLAH, apa yg kita sedekahkan sewaktu hidup di dunia.. itulah harta kita di akhirat “sana”

"Bila kita mulakan amalan baik ini yang jarang dibuat org, kemudian diikuti pula oleh pihak lain akan mendapat pahala yang melimpah-ruah sebagaimana disebut dalam hadis bernombor 1893 Riwayat Muslim, "Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."

Klik untuk gambar besar


"Hidup jangan berkira dgn ALLAH & hidup biar bermanfaat utk org lain. Semoga ALLAH redha... Aminnn. Ps: Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami & anak2 pramatang yg lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing2 & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yg beriman, Aminnn," demikian tulis pelakon dan penyanyi Abby Abadi.

Bagi menghargai jasa kakitangan yang menjaganya ketika bersalin dan menjaga anaknya, Abby menghadiahkan dua peti sejuk kepada Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menampung susu badan para ibu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Abby berkongsikan satu video pendek berserta foto bersama kakitangan hospital tersebut. Dalam pada itu, difahamkan bayi pra matang Abby yang diberi nama Muhammad Daniel Firman Faizal yang dilahirkan pada 27 September lalu masih lagi ditempatkan dalam jagaan NICU hospital berkenaan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: