28 October 2019

"TIDAK PERLU LA 'ORANG TERDEKAT' MENCAMPURI.. SAYA & FIZO TAHU..." - MAWAR KARIM


Menerusi laman Instagram, bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan pelanggan yang pernah menyokong perniagaannya bersama bekas suami iaitu Restoran Fizo Mawar Kithchen (FMK) sebelum ini. Sempena hari terakhir perniagaan itu dijalankan semalam, Mawar menjelaskan dia dan Fizo mempunyai alasan tersendiri mengapa ia tidak diteruskan.





Salam semua. Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga khususnya buat pelanggan yang sentiasa supports FMK selama ini. Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini gambar terakhir kami bertiga di FMK. Rata-rata saya mendapat feedback memberi pendapat 'rebranding' restaurant ini. Saya dan Fizo mempunyai alasan yang sangat personal. Terima kasih kalian yang memahami situasi kami.

"Di sini juga terlalu peribadi untuk saya ceritakan berapa 'modal / pelaburan yg telah saya dan Fizo keluarkan', 'keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung saya terima selama 4 tahun FMK.' Mari kita doakan semoga Fizo dapat teruskan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dalam bidang ini sangat mendalam," tulisnya.

Mawar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama bekas suami Fizo serta anak mereka Maryam ketika kali terakhir berada di restoran tersebut.

Klik untuk gambar besar


Mawar berharap tiada lagi spekulasi dikeluarkan oleh mana-mana pihak mengenai dia dan bekas suami, yang diibaratkan seperti mahu menuang minyak ke api: "Diharapkan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana-mana pihak especially yang ada 'kaitan' antara saya atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yang 'konon tahu cerita 'sekaligus akan menimbulkan 'pelbagai tanggapan dari pihak ramai'.

"Tidak perlu la 'orang terdekat' mencampuri urusan saya dan Fizo. Anda hanya melihat, mendengar tetapi saya dan Fizo sahaja yang tahu perkara /merasa perkara yang sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dalam api ataupun tidak perlu la menegak benang yang basah," jelasnya.

Mawar juga turut memberitahu meskipun mereka bukan lagi suami isteri tetapi kereka tetap meneruskan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada satu-satunya anak mereka Maryam: "Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lagi tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar, memberi didikan kepada Maryam. Fokus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati saya selama ini. Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya".

Pasangan ini membuat keputusan untuk menutup perniagaan yanh dijayakan bersama itu selepas sah bercerai pada 10 Julai lalu. Hasi perkahwinan Mawar dan Fizo yang berkahwin pada November 2013 itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mawar Karim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: